Tips Temuduga dan Interview Untuk Syarikat Korporat GLC dan SME

Published by:

interview

Saya menerima banyak soalan mengenai cara terbaik untuk menjawab soalan interview dan persiapan yang perlu dilakukan sebelum menghadiri temuduga. Perlukah kita research mengenai company tersebut? Apakah jawapan yang patut diberi dan sebagainya.

Persediaan untuk temuduga ini terlalu panjang untuk dikongsi di dalam satu artikel. Jadi saya akan tulis beberapa siri artikel mengenai persediaan temuduga ini. Tetapi sebelum itu, saya ingin berikan beberapa tips yang akan menjamin anda menjadi sekurang-kurangnya 50% lebih bersedia dari orang lain.

Pertama, anda perlu membezakan sama ada anda akan di interview oleh syarikat korporat ataupun SME? Syarikat korporat biasanya mempunyai jabatan sumber manusia (HR) sendiri yang mempunyai proses temuduganya sendiri. Soalan-soalan yang ditanya ketika temuduga oleh syarikat korporat biasanya structured dan bertujuan untuk mengupas personaliti anda dengan anda sedari ataupun tidak. Jadi persediaan sebelum ditemuduga oleh syarikat korporat (biasanya GLC dan MNC) perlu lebih komprehensif. Jadi kita akan cover topik tersebut dalam artikel lain.

Jika anda akan menghadiri interview dengan syarikat kecil dan sederhana (SME), biasanya anda akan ditemuduga bakal bos anda sendiri dan beliau ingin tengok apa yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat. Anda juga tidak perlu membuat background research untuk company tersebut terlalu dalam. Sekadar 15 minit membaca mengenai syarikat tersebut di laman web mereka dan tahu sedikit mengenai industri yang syarikat tersebut terlibat sudah mencukupi.

Namun ada beberapa soalan “core” atau soalan “teras” yang mesti anda kuasai dan boleh jawab dengan yakin dan menarik, tak kisah lah sama ada anda akan menghadiri temuduga dengan syarikat korporat mahupun SME. Soalan-soalan core ini adalah soalan yang pasti akan ditanya tak kisah anda interview di mana sekalipun.

  1. Tell Me About Yourself
    Soalan ini soalan yang senang tetapi sebenarnya sangat susah. Soalan ini memang bertanya mengenai anda, tetapi anda sebenarnya perlu terus membezakan diri anda dari calon lain bermula dari soalan ini.

    Secara idealnya, anda perlu menceritakan nama, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja (jika ada)/ personaliti diri dan disambungkan dengan bagaimana pengalaman/personaliti diri anda itu boleh menyumbang kepada syarikat yang anda interview itu.

    Target di sini tidak terlalu lama kerana soalan ini mukadimah sahaja. 7-8 ayat sudah memadai.

    interview

  2. Apa Kekuatan Awak/What is Your Strength?
    Soalan ini menarik kerana anda diberi peluang untuk menjual diri anda. Jangan merendah diri tidak tentu pasal. Inilah masanya anda menjual diri anda secukupnya. Jika anda ada sesuatu yang unik, anda boleh ketengahkan di sini.

    Jika anda tidak ada idea apa kekuatan anda, untuk lelaki; katakan sahaja anda boleh bekerja secara independent dengan pengawasan minima. Anda boleh katakan yang berikan anda target, dan anda akan cari jalan untuk dapatkan hasil yang diingini.

    Jika anda wanita dan penampilan anda kemas, anda boleh katakan yang anda seorang yang teliti dalam pekerjaan.

    Kemudian sebagai follow-up, pastikan anda ada contoh situasi kenapa anda mengatakan perkara di atas adalah kekuatan anda.

    3. Apa Kelemahan Awak/What is Your Weakness?
    Okay, di sini anda kena jadi jujur bertempat. Tidak ada orang yang tidak ada kelemahan, namun pada masa yang sama, tidak ada orang yang mahu bekerja dengan seorang yang pengotor.

    Jadi jangan sekali-kali mengaku kelemahan anda dengan kelemahan yang bersifat peribadi dan tidak boleh diubah. Secara idealnya, sebagai contoh jika anda lelaki anda boleh katakan yang anda seorang yang big picture, jadi anda perlu go through hasil kerja anda dua tiga kali untuk menyemak jika ada kesalahan ejaan dan sebagainya. Tetapi jika anda apply kerja sebagai akauntan, auditor dan sewaktu dengannya, jangan pula gunakan contoh ini. Jika anda apply position seperti di atas (atau anda seorang wanita), anda boleh katakan kelemahan anda adalah anda seorang perfectionist. Jadi anda perlu go through kerja anda dua tiga kali untuk dapatkan keyakinan sebelum boleh hantar kerja tersebut.

    Kelemahan yang anda berikan sebagai contoh, perlulah sesuatu yang boleh diperbaiki dan tidak signifikan dengan kerja yang diapply.

    Jangan sesekali mengakui kelemahan anda adalah tidak tahu berbahasa Inggeris, takut public speaking, lambat bangun tidur, malas dan sebagainya.

    Tetapi, kenapa tidak jujur sahaja? Nanti kalau tak cakap, time kena buat kerja tak tahu macam mana?

    Pertama, kalau anda tidak tahu berbahasa Inggeris dan takut public speaking, anda tidak perlu bagitahu pun interviewer akan tahu. Jadi tidak perlulah anda membuka keaiban diri anda sendiri. Lagipun, jika anda dah tahu itu adalah kelemahan anda, kenapa tidak atasi dulu?

    Kalau anda mahu cari pekerjaan, tetapi anda expect boleh untuk tidak tahu berbahasa Inggeris dan takut public speaking, jangan buang masa. Tak payah cari kerja. Baiki diri anda dulu.

    Jika pekerjaan tersebut tidak perlukan Bahasa Inggeris dan public speaking, anda tidak akan dapat apa-apa dengan kata anda tidak pandai berbahasa Inggeris dan public speaking. Ia tidak akan dinilai. Interviewer cuma akan melihat tahap keyakinan anda berkomunikasi. Sebaliknya jika anda menyentuh mengenai topik Bahasa Inggeris dan public speaking dan awal-awal lagi menyerah kalah, memang sangat berpotensi anda akan terkeluar dari pemilihan.

Akhir sekali walaupun cliche, saya perlu tegaskan, if you fail to plan, you plan to fail. Sebelum menghadiri sebarang temuduga, anda perlu fikir dahulu dan rancang. Apakah perbezaan anda dengan calon lain? Anda perlu cari Unique Selling Point (USP) anda. Jika tidak, balik awallah anda.

Selamat Berjaya!

Sabri